BENGKEL PENGENDALIAN & PENGURUSAN ASAS TASKA / TADIKA




PROFIL FASILITATOR

Fasilitator2 yang akan menjayakan BENGKEL PENGENDALIAN & PENGURUSAN ASAS TASKA/TADIKA pada 13 & 14 Jun ini merupakan mereka yang sangat berpengalaman serta bertauliah dalam urusan taska/tadika.

Mereka juga merupakan orang penting dalam Persatuan Pengasuh2 Negeri Pahang serta mempunyai jalinan yang sangat kuat dengan pihak JKM.

Mereka turut akan bertindak sebagai MENTOR anda dalam menjayakan serta merealisasikan impian anda untuk memiliki perniagaan Taska/Tadika anda sendiri.

Berikut merupakan serba sedikit profile serta maklumat berkaitan Fasilitator :

1) Puan Salina Shamsudin
- Naib Pengerusi Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
- Setiausaha Kehormat Persatuan Pengasuh Berdaftar Negeri Malaysia (PPBM)
- Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai pengusaha taska
- Fasilitator tetap untuk KAAK (3/4 tahun pengalaman)
- Telah banyak mengendalikan bengkel2 pendek berkaitan taska/tadika


2) Puan Mirawati Abdul Razak
- AJK Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
- Ahli Persatuan Pengasuh2 Berdaftar Negeri Malaysia (PPBM)
- 10 tahun pengalaman sebagai pengusaha taska/tadika
- Fasilitator tetap untuk KAAK (3/4 tahun pengalaman)
- Telah banyak mengendalikan bengkel2 pendek berkaitan taska/tadika


3) Puan Noraini Abu Samah

- Ahli Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
- Ahli Persatuan Pengasuh2 Berdaftar Negeri Malaysia (PPBM)
- Mempunyai pengalaman melebihi 6 tahun sebagai pengusaha taska
- Mempunyai 3 cawangan taska di seluruh Malaysia

JADUAL PROGRAM BENGKEL PENGENDALIAN & PENGURUSAN ASAS TASKA/TADIKA

DAY 1

8.00am - 9.00am : Pendaftaran Peserta
9.00am - 11.00am : Proses Pendaftaran Taska
11.00am -11.15am : Jamuan Ringan
11.15am - 1.00pm : Penyediaan Persekitaran Sebuah
Taska / Tadika

1.00pm - 2.30pm : Makan Tengahari / Solat
2.30pm - 4.00pm : Pergerakan Kreatif
4.00pm - 4.15pm : Jamuan Ringan
4.15pm - 5.00pm : Rekod-rekod di Taska


DAY 2

9.00am - 11.00am : Proses Pendaftaran Tadika
11.00am - 11.15am : Jamuan Ringan
11.15am - 1.00pm : Seni Kreatif

1.00pm - 2.30pm : Makan Tengahari / Solat
2.30pm - 3.30pm : Sessi Motivasi & Berkongsi Pengalaman
3.30pm - 4.00pm : Sessi Soal Jawab
4.00pm - 4.15pm : Jamuan Ringan
4.15pm - 4.30pm : Penyampaian Sijil
4.30pm : Bersurai

~ TAMAT & BERSURAI ~

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Tips Memilih Taska & Tadika

Kriteria utama memilih Taska atau Tadika

1. Taska yang mendapat kelulusan JKM
Adalah penting setiap ibu bapa memastikan Taska telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan MAsyarakat (JKM) dan Tadika berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Persekitaran yang bersih dan selamat
Sila pastikan kebersihan kawasan sekitar Taska atau Tadika pada tahap yang memuaskan.

3. Lokasi
Sila pilih lokasi Taska atau Tadika yang berhampiran dan mudah sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

4. Program & aktiviti yang berkualiti
Sila pastikan program yang ditawarkan memberi pendedahan yang baik kepada proses awal pendidikan & pembelajaran kanak-kanak.

5. Insuran
Ibu bapa harus memastikan Taska atau Tadika menyediakan skim insuran kepada kanak- kanak di bawah jagaan mereka.

6. Fardu ain @ Iqra'
Sebaik-baiknya ibu bapa dapat memilih Taska atau Tadika yang mengajar pelajaran asas fardu ain & iqra'.

TASKA




TASKA bererti mana-mana premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah usia 4 tahun untuk dijaga dgn upah. Taska boleh dibahagikan kepada dua iaitu taska di rumah dan taska di institusi.

TASKA DI RUMAH
Taska jenis ini menerima kurang dari 10 kanak-kanak. Buat masa ini, mereka yang terlibat hanya perlu memaklumkan kepada Pegawai Kebajika Masyarakat Daerah yang berhampiran.

TASKA DI INSTITUSI
Taska di institusi apabila menerima lebih 10 orang kanak-kanak dalam satu masa. Jika keadaan ini berlaku, bermakna perlu mendaftar dengan JKMM

PENDAFTARAN TASKA

Pendaftaran perlu dilakukan dgn cara memohon kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat boleh mendaftarkan atau enggan mendaftarkan permohonan tersebut mengikut penilaian tertentu. Ada beberapa terma dan syarat sebelum mendaftar. Antaranya adalah :

1) Had bilangan kanak-kanak yang diterima masuk
2) Pekerja hendaklah terdiri daripada mereka yang layak dan sesuai
3) Mengambil kakitangan yang berkelayakan dan berpengalaman
4) Taska perlu dilengkapi dan diselenggarakan dgn secukupnya dan sesuai
5) Jadual aktiviti harian dan menu yang bersesuai perlu diadakan
6) Mematuhi syarat-syarat struktur bangunan, pencegahan api, kesihatan dan keselamatan
7) Lain-lain syarat yang boleh diadakan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

PROSES PENDAFTARAN

A. PENDAFTARAN BARU

  • Pemohon membeli BUKU GARIS PANDUAN dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)
  • Pemohon mendapat pengesahan dari Majlis Tempatan, Jabatan Kesihatan atau Bomba dan Penyelamat
  • Majukan permohonan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran beserta wang pos RM50
  • PKMD memajukan permohonan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (KPKM)
  • Lesen dikeluarkan untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan diluluskan

B. PEMBAHARUAN PERAKUAN PENDAFTARAN

  • Pemohon membeli Borang II dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran
  • Serah borang yang lengkap serta wang pos berjumlah RM50 kepada PKMD (perlu dilampirkan salinan Sijil Pembaharuan dari Majlis Tempatan, Bomba dan Jabatan Kesihatan, jadual aktiviti, menu serta senarai kakitangan
  • PKMD memajukan permohonan kepada PKMN
  • PKMN memajukan permohonan ke KPKMM dan akan mengeluarkan lesen untuk tempoh setahun dari tarikh lulus permohonan


LANGKAH MUDAH & PRAKTIKAL PERNIAGAAN TASKA



LANGKAH 1 : BERURUSAN DENGAN PIHAK JKM

Pemohon atau bakal Pengusaha Taska perlu ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)yg berhampiran utk membeli Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan TASKA yang berharga RM10.Buku ini juga boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri(PKMN) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia(JKMM).

Di bahagian belakang buku garis panduan tersebut terdapat 4 helai Borang Permohonan yang wajib diisi kesemuanya oleh pemohon (3 salinan utk pihak JKM dan 1 salinan utk simpanan fail pemohon.Borang permohonan tersebut mestilah dihantar ke PKMD bersama lampiran-lampiran lain yang diminta.

Di pejabat JKM,pemohon boleh memberitahu cadangan nama perniagaan TASKA kepada pegawainya.Minta pegawai tersebut mengeluarkan satu surat sokongan pendaftaran nama perniagaan TASKA tersebut.Surat sokongan ini diperlukan ketika hendak memohon lesen perniagaan di SSM nanti.

LANGKAH 2 : BERURUSAN DENGAN PIHAK SSM

Langkah seterusnya pemohon pergi ke Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malysia(SSM) untuk membuat carian nama TASKA dengan mengisi Borang PNA 42. Cadangan nama perniagaan mestilah bermula dengan nama "TASKA" dan mestilah dalam Bahasa Malaysia.

Jika nama perniagaan yang anda cadangkan belum dipakai oleh pihak lain dan menepati peraturan SSM, maka pihak SSM akan mengeluarkan surat kelulusan nama perniagaan.

Untuk mendaftar lesen peniagaan, anda haruslah kemukakan bersama surat sokongan pendaftaran perniagaan TASKA daripada pihak JKM atau PKMD bersama dengan borang permohonan pendaftaran perniagaan.Borang A perlulah diisi untuk mendaftar lesen perniagaan dan bayaran sebanyak RM70 akan dikenakan termasuk dengan Sijil Perniagaan.

Setelah anda memperolehi Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D), bawa sijil tersebut ke PKMD dan minta jasa baik mereka untuk keluarkan surat-surat sokongan JKM kepada 3 agensi teknikal.

LANGKAH 3 :BERURUSAN DENGAN 3 AGENSI TEKNIKAL

Sebaik shj mendapat surat sokongan JKM kepada 3 agensi teknikal, pemohon perlulah menyerahkan sendiri surat sokongan tersebut kepada 3 agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tujuan lawatan anda pada kali pertama ke 3 agensi teknikal adalah utk memaklumkan kpd pegawai berkaitan tentang hasrat anda utk menubuhkan TASKA. Jangan lupa tunjukkan kpd mereka surat sokongan yang anda perolehi drpd pihak JKM,meminta nasihat serta kehendak peraturan mereka,mengambil borang permohonan, bertanyakan lampiran dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah selanjutnya yang perlu anda lakukan.

LANGKAH 4 : MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA PERMOHONAN MENUBUHKAN TASKA

Pemohon hendaklah mengemukakan kertas kerja penubuhan TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah(PKMD) yang berhampiran.Permohonan anda akan disemak dan sekiranya didapati tidak lengkap, Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan meminta pemohon utk melengkapkannya terlebih dahulu sebelum beliau mengemukakan permohonan tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri(JKMN).

Permohonan akan diproses dan sekiranya lengkap,satu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.

LANGKAH 5 : PENGOPERASIAN & PENGURUSAN TASKA

Tahniah!Anda sudah boleh memulakan perniagaan TASKA anda..Langkah-langkah berikut akan membantu anda utk beroperasi dengan jayanya.

1. Persiapan premis Taska
2. Perabot & Peralatan Taska
3. Promosi & Iklan
4. Tenaga Kerja
5. Terma & Peraturan TASKA
6. Program & Aktiviti Taska
7. Menyimpan & Mengemaskini Rekod

LANGKAH MUDAH & PRAKTIKAL PERNIAGAAN TADIKA























LANGKAH 1 - PERSEDIAAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN

Pengusaha tadika perlu membuat persediaan diri yang mantap dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta sikap yang sesuai dengan bidang tadika. Kemahiran ini boleh diperolehi dengan membaca buku-buku dan artikel yang berkaitan dengan tadika dan kanak-kanak. Selain daripada itu, pengusaha tadika juga digalakkan untuk menghadiri seminar-seminar atau bengkel yang berkaitan tadika bagi menambah ilmu pengetahuan.


LANGKAH 2 - MELAKUKAN KAJIAN PASARAN DI LOKASI SASARAN

Kajian pasaran amat penting bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk perniagaan tadika. Setelah lokasi dikenalpasti, lakukan kajian pasaran di kawasan tersebut. Ini amat penting bagi mengenalpasti samada terdapat permintaan di kawasan tersebut atau tidak.

LANGKAH 3 - MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA KEPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

Berikut adalah prosedur di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

  1. Pra permohonan menubuhkan tadika
  2. Penerimaan kertas kerja oleh JPN
  3. Pengeluaran surat pemeriksaan sokongan kepada 3 agensi iaitu Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan Daerah & Pihak Berkuasa Tempatan
  4. Pengeluaran surat tawaran pendaftaran bersyarat
  5. Proses pengeluaran sijil perakuan pendaftaran

LANGKAH 4 - MENDAFTAR LESEN PERNIAGAAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Bakal pengusaha tadika perlu mengemukakan permohonan pendaftaran lesen perniagaan dengan pihak SSM. Terdapat 3 jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan iaitu perniagaan perseorangan, perkongsian dan syarikat sendirian berhad.

LANGKAH 5 - MEMOHON SURAT SOKONGAN DARIPADA 3 AGENSI

Permohonan surat sokongan adalah daripada agensi-agensi berikut:

  1. Pihak Berkuasa Tempatan
  2. Jabatan Kesihatan Daerah
  3. Jabatan Bomba & Penyelamat

Setiap agensi tersebut akan menetapkan peraturan serta syarat yang berbeza di mana pemohon perlu mematuhi peraturan dan kehendak spesifikasi yang telah ditetapkan oleh ketiga-tiga agensi terbabit

LANGKAH 6 - PENGELURAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN

Setelah mendapat surat sokongan daripada ketiga-tiga agensi di atas, kemukakan surat-surat sokongan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pihak JPN akan meminta anda mengisi beberapa borang seperti berikut :

  1. Borang permohonan pendaftaran tadika
  2. Borang permohonan surat kebenaran mengajar
  3. Borang permohonan pendafataran pengelola

Kemudian pihak JPN akan mengeluarkan permit bagi tadika anda bermakna tadika anda telah sah didaftarkan.

LANGKAH 7 - PENGOPERASIAN PERNIAGAAN TADIKA

Sekarang anda boleh menumpukan perhatian kepada pengoperasian tadika kerana telah mendapat lesen yang sah bagi memulakan perniagaan tadika.

* Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bisness tadika, sila klik pada E-book RAHSIA BISNESS TADIKA kerana ia menerangkan secara terperinci mengenai perniagaan tadika


Kata-Kata Hikmah

“When choosing a school for a young child, look for an environment that engages children in learning in active, exciting ways, and helps them feel enthusiastic and positive about mastering new skills and ideas. Schools should treat children as whole people. They should be places where kids will feel positive about learning and develop positive social relationships with peers. School should be a place that encourages children to appreciate both similarities and differences among people. Most importantly, school should be a place where play is valued and children are given many opportunities to explore new ideas through play.”

Diane Levin, Ph. D.
Professor of Education
Wheelock College
Author, Remote Control Childhood




Dewasa ini kebanyakan ibu bapa bekerja untuk menambahkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan seisi keluarga. Tugas menjaga anak diserahkan sepenuhnya sama ada kepada pengasuh ataupun orang gaji. Pilihan lain adlah dengan menghantar anak-anak ke Taman Asuhan Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Taska. Oleh yang demikian, ibu bapa harus bijak memilih Taska agar kebajikan dan keselamatan anak terpelihara dan terjamin.


Anak adalah permata




















Anak adalah anugerah paling berharga kurniaan ALLAH s.w.t. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk sahsiah budi pekerti yang baik dikalangan anak-anak mereka.

Ibu bapa harus memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya sejak dari kecil sehinggalah dewasa ibarat "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungya".