LANGKAH MUDAH & PRAKTIKAL PERNIAGAAN TASKA



LANGKAH 1 : BERURUSAN DENGAN PIHAK JKM

Pemohon atau bakal Pengusaha Taska perlu ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)yg berhampiran utk membeli Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan TASKA yang berharga RM10.Buku ini juga boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri(PKMN) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia(JKMM).

Di bahagian belakang buku garis panduan tersebut terdapat 4 helai Borang Permohonan yang wajib diisi kesemuanya oleh pemohon (3 salinan utk pihak JKM dan 1 salinan utk simpanan fail pemohon.Borang permohonan tersebut mestilah dihantar ke PKMD bersama lampiran-lampiran lain yang diminta.

Di pejabat JKM,pemohon boleh memberitahu cadangan nama perniagaan TASKA kepada pegawainya.Minta pegawai tersebut mengeluarkan satu surat sokongan pendaftaran nama perniagaan TASKA tersebut.Surat sokongan ini diperlukan ketika hendak memohon lesen perniagaan di SSM nanti.

LANGKAH 2 : BERURUSAN DENGAN PIHAK SSM

Langkah seterusnya pemohon pergi ke Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malysia(SSM) untuk membuat carian nama TASKA dengan mengisi Borang PNA 42. Cadangan nama perniagaan mestilah bermula dengan nama "TASKA" dan mestilah dalam Bahasa Malaysia.

Jika nama perniagaan yang anda cadangkan belum dipakai oleh pihak lain dan menepati peraturan SSM, maka pihak SSM akan mengeluarkan surat kelulusan nama perniagaan.

Untuk mendaftar lesen peniagaan, anda haruslah kemukakan bersama surat sokongan pendaftaran perniagaan TASKA daripada pihak JKM atau PKMD bersama dengan borang permohonan pendaftaran perniagaan.Borang A perlulah diisi untuk mendaftar lesen perniagaan dan bayaran sebanyak RM70 akan dikenakan termasuk dengan Sijil Perniagaan.

Setelah anda memperolehi Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D), bawa sijil tersebut ke PKMD dan minta jasa baik mereka untuk keluarkan surat-surat sokongan JKM kepada 3 agensi teknikal.

LANGKAH 3 :BERURUSAN DENGAN 3 AGENSI TEKNIKAL

Sebaik shj mendapat surat sokongan JKM kepada 3 agensi teknikal, pemohon perlulah menyerahkan sendiri surat sokongan tersebut kepada 3 agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tujuan lawatan anda pada kali pertama ke 3 agensi teknikal adalah utk memaklumkan kpd pegawai berkaitan tentang hasrat anda utk menubuhkan TASKA. Jangan lupa tunjukkan kpd mereka surat sokongan yang anda perolehi drpd pihak JKM,meminta nasihat serta kehendak peraturan mereka,mengambil borang permohonan, bertanyakan lampiran dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah selanjutnya yang perlu anda lakukan.

LANGKAH 4 : MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA PERMOHONAN MENUBUHKAN TASKA

Pemohon hendaklah mengemukakan kertas kerja penubuhan TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah(PKMD) yang berhampiran.Permohonan anda akan disemak dan sekiranya didapati tidak lengkap, Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan meminta pemohon utk melengkapkannya terlebih dahulu sebelum beliau mengemukakan permohonan tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri(JKMN).

Permohonan akan diproses dan sekiranya lengkap,satu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.

LANGKAH 5 : PENGOPERASIAN & PENGURUSAN TASKA

Tahniah!Anda sudah boleh memulakan perniagaan TASKA anda..Langkah-langkah berikut akan membantu anda utk beroperasi dengan jayanya.

1. Persiapan premis Taska
2. Perabot & Peralatan Taska
3. Promosi & Iklan
4. Tenaga Kerja
5. Terma & Peraturan TASKA
6. Program & Aktiviti Taska
7. Menyimpan & Mengemaskini Rekod

0 Responses to "LANGKAH MUDAH & PRAKTIKAL PERNIAGAAN TASKA"