Pendaftaran perlu dilakukan dgn cara memohon kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat boleh mendaftarkan atau enggan mendaftarkan permohonan tersebut mengikut penilaian tertentu. Ada beberapa terma dan syarat sebelum mendaftar. Antaranya adalah :
1) Had bilangan kanak-kanak yang diterima masuk
2) Pekerja hendaklah terdiri daripada mereka yang layak dan sesuai
3) Mengambil kakitangan yang berkelayakan dan berpengalaman
4) Taska perlu dilengkapi dan diselenggarakan dgn secukupnya dan sesuai
5) Jadual aktiviti harian dan menu yang bersesuai perlu diadakan
6) Mematuhi syarat-syarat struktur bangunan, pencegahan api, kesihatan dan keselamatan
7) Lain-lain syarat yang boleh diadakan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
PROSES PENDAFTARAN
A. PENDAFTARAN BARU
- Pemohon membeli BUKU GARIS PANDUAN dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)
- Pemohon mendapat pengesahan dari Majlis Tempatan, Jabatan Kesihatan atau Bomba dan Penyelamat
- Majukan permohonan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran beserta wang pos RM50
- PKMD memajukan permohonan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (KPKM)
- Lesen dikeluarkan untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan diluluskan
B. PEMBAHARUAN PERAKUAN PENDAFTARAN
- Pemohon membeli Borang II dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran
- Serah borang yang lengkap serta wang pos berjumlah RM50 kepada PKMD (perlu dilampirkan salinan Sijil Pembaharuan dari Majlis Tempatan, Bomba dan Jabatan Kesihatan, jadual aktiviti, menu serta senarai kakitangan
- PKMD memajukan permohonan kepada PKMN
- PKMN memajukan permohonan ke KPKMM dan akan mengeluarkan lesen untuk tempoh setahun dari tarikh lulus permohonan
0 Responses to "PENDAFTARAN TASKA"
Post a Comment